Al-Khwarizmi Ilmuan Matematik Islam -Pengenalan

khwarizmii

Al-Khwarizmi – Pengenalan

Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada perkembangan dalam ilmu algebra dan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilah Algebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan).

image-al-kitab_al-mue1b8abtae1b9a3ar_fi_e1b8a5isab_al-gabr_wa-l-muqabalaMatematik

Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik. Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra. Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu“Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra.

Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ’0′ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ’0′. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

Astronomi

Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-kurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang dikaji beliau.

Geografi

Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Georgafi.

Rumusan

Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana  satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

p/s: Mungkin terdapat kesalahan fakta dalam entri ini, dan pembetulan membina amat dihargai.

Rujukan: A History Of Mathematics: An Introduction, Victor J.Katz, The Algebra of Mohammed Ben Musa (english translation).

Syumulislam

1.02pm 5 Jamadil akhir 1430, Sheffield

About these ads
Published in: on April 1, 2009 at 12:28 pm  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: http://syumulislam.wordpress.com/2009/04/01/al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-pengenalan/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

14 KomenTinggalkan komen

  1. Saintis Islam perlu dipopularkan..
    Syukran

    • InsyaAllah, nantikan sambungan perjalanan hidup ilmuan-ilmuan Islam ini, jika masih bernyawa, MATI adalah PASTI, hidup insyaAllah ^_^

  2. jzkk atas perkongsian sheikh…

  3. subhanallah sarimi,nice share,here i’ve also found nice article related to wut u’ve written..

    The ‘first true scientist’
    By Professor Jim Al-Khalili
    University of Surrey

    http://alhidayastudent.wordpress.com/2009/01/07/islam-and-science-bbc-documentary-episode-1/

  4. aku berdoa agar ko dipanjangkan umur… :D

    barakallahu fii ma katabta :)

  5. syukran 4 the info!
    @ayasofya: tq bg link 2.. ia amat memberi manfaat buat ana.

    ana amat rindu pada matapelajaran mathematic Y___Y
    sejak meneruskan bidang yang ana ambil nih.. math tidak lg dipelajari..
    brain ana rasa macam x di gunakan sepenuhnya >.<
    ana harap ana tidak melupakan apa yang telah ana pelajari ketika b’ada di bangku persekolahan.. insha Allah..

  6. page ini btul2 mmbrikn impresi yg cukup baik….terutamanya kepada student sprti sya yg amat mmrlukn idola utk d jdikn ikutan..

  7. sye ingin ambil idea tuan untk assgmnt sye…sy mmhon agar tuan izinkn…krjsme dri phak tuan amatla dhrgai

    • InsyaAllah. Boleh, semoga bermanfaat.

  8. sye ingin ambil idea tuan untk assgmnt sye…sy mmhon agar tuan izinkn

  9. al-khwarizmi ilmuan yg amat sy minati~

  10. sy adalah seorang pelajar matematik…minta jasa pihak tuan untuk sy kongsikan info ini….

  11. biodata tuan akan saya jadi kan experiman saya

  12. salam. saya pun nak guna maklumat ini utk presentation saya. terima kasih kerana telah berkongsi maklumat. :)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: