Nombor Perdana
Definisi integer: Integer adalah semua nombor bulat. Z = {…,-3,-2,-1,0,1,2,3,..}
Definisi Nombor Perdana (Prime Numbers):
Nombor perdana adalah integer p, dimana p > 1 (p lebih besar daripada 1) jika ia hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan p (dirinya sendiri).
Dalam bahasa yang lebih mudah, nombor perdana adalah nombor yang lebih besar daripada 1 dan ia hanya boleh dibahagi dengan 1 dan dirinya sendiri.
Maksud boleh dibahagi ialah, apabila dibahagi akan menghasilkan integer (rujuk atas) .
Definisi Nombor Komposit (Composite Number):
Nombor komposit adalah integer q, dimana q > 1 dan boleh dibahagi dengan nombor selain 1 dan dirinya sendiri. Biasanya nombor komposit boleh ditulis sebagai hasil darab nombor perdana. Sebagai contoh : 30 = 2×3×5
Dalam 10 integer positif pertama, 2,3,5,7 adalah nombor perdana dan 4,6,8,9,10 adalah nombor komposit (composite number). Integer 2 adalah satu-satunya nombor perdana yang genap (even).
Berdasarkan definisi di atas, integer 1 memainkan peranan penting kerana ia bukan nombor perdana dan bukan juga nombor komposit.
Semoga berguna.