Misteri Kesesakan Lalulintas

Pernahkah kita terfikir mengapakah kesesakan lalu lintas sering berlaku tanpa sebab yang jelas?

Kini, satu pasukan penyelidik yang terdiri daripada mathematicians (ahli matematik) dari University of Exeter, Bristol dan Budapest telah menemukan penjelasan mengenai fenomena yang menekan perasaan ini.

Sebelum ini, mungkin ramai yang  menyangka bahawa punca kesesakan lalulintas atau lebih dikenali sebagai ‘jem’ ini disebabkan oleh bilangan kenderaan yang banyak di atas jalanraya. Walaupun ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kesesakan lalulintas, namun sepatutnya kenderaan masih boleh bergerak lancar walaupun dalam keadaan trafik yang sesak (heavy traffic).

Masalah ini telah dimodelkan secara matematik, dan menunjukkan bagaimana dengan hanya satu tindakan yang tidak diduga oleh seorang pemandu boleh menyebabkan satu ‘gelombang jem’ tersebar ke dalam perjalanan trafik, (bagaikan satu gelombang yang bergerak).

Sebagai contoh, jika sebuah lori mengubah lane dihadapan sebuah kereta, kemudian pemandu kereta itu bertindak memperlahankan kenderaan secara mengejut, ini akan menyebabkan satu sentakan kepada pemandu lain dibelakang kereta itu. Dr Orosz berkata, “Apabila kita menekan brake, trafik boleh berada pada keadaan terhenti beberapa km dibelakang kita. Jadi, ia sememangnya tentang bagaimana kita mem’brake’ – mem’brake’ dengan pelahan daripada pemandu yang sedar awal dengan masalah akan membantu kelancaran trafik.

Brake mengejut yang biasanya berpunca daripada kurangnya kepekaan dan tindakan yang tidak terduga oleh pemandu lain yang boleh menyebabkan trafik terganggu beberapa km kebelakang. Model matematik ini mengambil kira kadar tindakan-masa pemandu (human reaction-times) serta kepadatan trafik jalanraya dimana biasanya kesesakan lalulintas sering berlaku.

(olahan artikel Majalah I-Squared )

Diterbitkan dalam: on Mei 15, 2010 at 11:05 am  Komentar (4)  

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah: http://syumulislam.wordpress.com/2010/05/15/misteri-kesesakan-lalulintas/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

4 KomenTinggalkan komen

  1. Aku ada terfikir psl benda ni.my guess was right according to this finding.n0 wonder bile ada accident je jam teruk,walaupun halangan jln da di clearkan.bukan sbb accident tu ,tpi sbb ramai yg jdi tukang tengok.

  2. mantap kajian ni…maknanya lambat lagi la malaysia dapat menyelesaikan masalah traffic jam ni…

  3. menarik ni tp kbykn pemandu tegar dah biase & boleh agk punce2 mcm ni.

  4. jalan mrr2
    entah pape
    slalu jam!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.