Melihat yang tersirat disebalik yang tersurat

Melihat yang tersirat disebalik yang tersurat.

Mohd Yasir Haziq

Uuwweekk!! Uuwwekk!! Uuwweekk!!

Tambah lagi sorang ‘hero’ dalam rumah ni. Mana pak budak ni, Azankan anak ni.”kata mak bidan kepada si ayah yang baru menerima kelahiran orang baru dalam hidup.

Mungkin inilah dialog yang berlaku semasa saya dilahirkan.

Azan dan Iqamah

Muazzin

Cuba kita lihat, contohnya jika kita ke masjid, apabila masuknya waktu solat, azan akan dilaungkan menandakan masuknya waktu solat. Kemudian kita akan ada sedikit masa untuk mengerjakan solat sunat. Selepas itu muazzin akan melaungkan Iqamah untuk memulakan solat jemaah.

Selepas selesai Iqamah dilaungkan kita akan menyegerakan mengangkat takbiratul ihram untuk mengerjakan solat. Tidak sewajarnya senggang masa antara Iqamah dan takbiratul ihram itu dipanjang.

Mungkin ia suatu perkara yang kita ulang-ulang dalam hidup kita, tapi kita tidak dapat mengambil pelajaran darinya kerana kita menganggap ia suatu perkara yang biasa, ataupun kita tidak mahu diri letih memikirkan pengajaran dari perkara ini.

Melihat yang tersirat disebalik yang tersurat

Jika kita lihat perjalanan kehidupan kita, semasa kita lahir kedunia. Ayah kita akan melaungkan Azan keatas kita, dan kemudian Iqamah dibacakan keatas kita. Maksudnya kita telah di’Azan’kan dan kita telah di’Iqamah’kan. Satu perkara yang belum lagi dilakukan ke atas kita adalah meng’takbiratul ihram’kan kita. Yakni solat jenazah keatas kita.

Semestinya senggang masa antara Iqamah dan takbiratul ihram itu tidak panjang. Dan senggang masa itu adalah kehidupan kita. Jadi sepanjang nyawa kita dikala hidup ini tidaklah panjang, hanyalah sekadar tempoh masa di antara Iqamah dan Takbiratulihram.

Hidup sementara

Oleh itu apa yang kita isi dalam kehidupan kita yang terlalu singkat ini? Adakah kita penuhi hidup ini dengan keinginan nafsu yang tak akan pernah puas. Atau kita kembali kepada tujuan kita dijadikan Allah dimuka bumi ini yakni untuk mengabdikan diri kepada-Nya, Tuhan yang memberi nikmat hidup ini.

Sama-samalah kita memuhasabah diri kita.

Seeru ‘ala barakatillah.

Sheffield, UK, 12:08am

Published in: on November 16, 2008 at 12:32 am  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://syumulislam.wordpress.com/2008/11/16/melihat-yang-tersirat-disebalik-yang-tersurat/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

6 KomenTinggalkan komen

  1. Salam

    Teruskan usah
    Erti hidup pada memberi
    Orang yang kaya adalah orang yang banyak memberi

    Jzk

  2. salam..

    masyaalah, junior sheffield ke ni? alhamdulilah, bagus2..teruskan penulisan berunsur dakwah dan tarbiyah. semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain

  3. sama-sama tingkatkan kualiti dan penghayatan penulisan..lawati- http://halawatuliman.wordpress.com/

    ^_^
    iman_muslihah

  4. mashaAllah…sohih…
    Dunia sementara, Akhirat kekal selamanya…
    Kejayaan seluruh manusia hanya dalam mentaati perintah Allah ikut cara Baginda Rasulullah saw.
    Moga Allah tambah hidayat dlm diri saya & seluruh umat….

  5. Terima kasih kepada semua,dan senior-senior yang sudi menjenguk laman blog saya yang serba kekurangan ini.
    Tunjuk ajar dan nasihat amatlah saya dambakan agar dapat dipertambahbaikkan lagi kekurangan yang ada.

    segala yang salah, janganlah dibiarkan terus salah, minta ditegur dan diperbetulkan. kerana dengan ilmu yang cetek ini,sering kali diri tersalah dan tersilap.

    jazakumullah khair..

  6. masya-Allah sarimi, benar sekali. syukran ya akhi.🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: