Antara kekuatan jati diri dan pengaruh masyarakat

Mana yang lebih kuat?

Jati diri atau pengaruh masyarakat?

Menurut Ibn Khaldun, sebenarnya pengaruh masyarakat lebih kuat berbanding jati diri.

Mungkin ramai di antara kita yang mahu berubah, mungkin dari berbagai aspek. Kita mudah untuk memiliki azam yang tinggi untuk mengubah diri kita.Tetapi suasana lebih mempengaruhi keazaman kita.

Mungkin sebagai contoh, kita berazam untuk berjemaah di masjid setiap hari pada waktu Isya’, jadi kita pun bersemangat untuk pergi. Tetapi kita tinggal serumah dengan 6 orang yang lain yang lebih suka solat di rumah. Cukuplah dengan hanya sebab rakan-rakan lain lebih suka solat di rumah, lama kelamaan kita pun akan ikut solat Isya’ dirumah sahaja, kerana suasananya kita seorang sahaja yang ‘lain’.

Tetapi jika perkara ini berlaku sebaliknya, yakni 6 orang rakan serumah kita suka berjemaah di masjid, dan hanya kita yang suka solat dirumah, lama-kelamaan kita pun ikut serta berjemaah di masjid.

Hidup diperantauan

Begitulah juga kehidupan di tempat orang. Sedikit sebanyak pengaruh masyarakat dan suasana disini mempengaruhi diri kita. Mungkin ada yang baik untuk kita, tapi mungkin juga ada yang buruk.

Oleh kerana itu, penting bagi kita mencari, memilih, dan menjadi rakan-rakan yang ‘baik’ supaya tercipta satu suasana yang membantu dalam proses tarbiyah diri kita. Bertepatan dengan salah satu syarat-syarat Tarbiyah iaitu sahabat yang baik.

InsyaAllah, carilah, pilihlah, dan jadilah sahabat yang baik yang memiliki kejujuran dan mengajak ke arah mengingati Allah. Itulah Ukhuwwah yang sejati.

Seeru ‘ala barakatillah

Syumulislam, @Sheffield

Published in: on November 24, 2009 at 2:25 am  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://syumulislam.wordpress.com/2009/11/24/antara-kekuatan-jati-diri-dan-pengaruh-masyarakat/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

2 KomenTinggalkan komen

  1. salam.
    ya, saya bersetuju yang memang persekitaran banyak mempengaruhi seseorang sama ada terhadap aspek akhlaknya, cara berfikir, muamalahnya, dan sebagainya. bahkan lebih teruk jika persekitaran atau ‘biah’nya blh mempengaruhi pegangan agama (baca aqidah) seseorang.. namun dalam suasana kini yang semakin mencabar dan banyaknya persekitaran yang tidak baik, yang mungkin dh ber’majoriti’di sesetengah tempat, maka di sini kekuatan jadi diri memain peranan.tarbiah zatiah. iaitu faktor yang tersangat penting dalam sesuatu perubahan. perubahan yang memberi kesan yg cukup mendalam dlm jiwa. oleh yg demikian, dalam kita mencari,mencipta dan membentuk suasana yang baik(biah yg solehah),janganlah sesekali kita kurang mengambil berat apatah lagi mengabaikan faktor tarbiah zatiah ini atau biasa disebut tarbiah kendiri.kerana di situlah terletaknya keimanan.punca segala perubahan. jika baik ia, maka baiklah seluruhnya. wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: