Misteri Kesesakan Lalulintas

Pernahkah kita terfikir mengapakah kesesakan lalu lintas sering berlaku tanpa sebab yang jelas?

Kini, satu pasukan penyelidik yang terdiri daripada mathematicians (ahli matematik) dari University of Exeter, Bristol dan Budapest telah menemukan penjelasan mengenai fenomena yang menekan perasaan ini.

Sebelum ini, mungkin ramai yang  menyangka bahawa punca kesesakan lalulintas atau lebih dikenali sebagai ‘jem’ ini disebabkan oleh bilangan kenderaan yang banyak di atas jalanraya. Walaupun ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kesesakan lalulintas, namun sepatutnya kenderaan masih boleh bergerak lancar walaupun dalam keadaan trafik yang sesak (heavy traffic).

Masalah ini telah dimodelkan secara matematik, dan menunjukkan bagaimana dengan hanya satu tindakan yang tidak diduga oleh seorang pemandu boleh menyebabkan satu ‘gelombang jem’ tersebar ke dalam perjalanan trafik, (bagaikan satu gelombang yang bergerak).

Sebagai contoh, jika sebuah lori mengubah lane dihadapan sebuah kereta, kemudian pemandu kereta itu bertindak memperlahankan kenderaan secara mengejut, ini akan menyebabkan satu sentakan kepada pemandu lain dibelakang kereta itu. Dr Orosz berkata, “Apabila kita menekan brake, trafik boleh berada pada keadaan terhenti beberapa km dibelakang kita. Jadi, ia sememangnya tentang bagaimana kita mem’brake’ – mem’brake’ dengan pelahan daripada pemandu yang sedar awal dengan masalah akan membantu kelancaran trafik.

Brake mengejut yang biasanya berpunca daripada kurangnya kepekaan dan tindakan yang tidak terduga oleh pemandu lain yang boleh menyebabkan trafik terganggu beberapa km kebelakang. Model matematik ini mengambil kira kadar tindakan-masa pemandu (human reaction-times) serta kepadatan trafik jalanraya dimana biasanya kesesakan lalulintas sering berlaku.

(olahan artikel Majalah I-Squared )

Published in: on Mei 15, 2010 at 11:05 am  Comments (8)  

Adakah lelaki lebih hebat Math daripada perempuan?

“Lelaki lagi cekap Math daripada perempuan”

Mungkin kita pernah mendengar ayat diatas atau yang seakan dengannya.

Adakah ia suatu fakta atau ia hanya satu mitos?

Ramai yang menggunakan pernyataan diatas untuk menerangkan mengapa bilangan Mathematicians, Physicists dan Engineers wanita tidak ramai berada ditahap tinggi. Di tambah pula dengan nama-nama besar yang menyumbang pada perkembangan ilmu Matematik yang ramai daripada mereka adalah lelaki (contoh : Newton, Euler, Al-Khwarizmi,dll)

Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh Professor Janet Hyde dari University of Wisconsin-Madison (USA) tidak menemui bukti berkaitan perbezaan jantina dengan keupayaan matematik seseorang.

Pengkaji menganalisis keputusan ujian matematik ke atas 7 juta pelajar yang berumur diantara 7 tahun hingga 17 tahun di US dan mendapati tiada perbezaan antara skor pelajar lelaki dan skor pelajar perempuan. Mereka juga mendapati terdapat perbezaan yang sangat kecil pada bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang mendapat skor yang tinggi – dan sebenarnya skor pelajar lelaki begitu pelbagai (yakni bilangan yang mendapat markah tinggi, sederhana dan rendah lebih kurang sama ramai).

“There just aren’t gender differences anymore in math perfomance”

(Tiada lagi perbezaan jantina dalam kemampuan ber’matematik’) kata Prof Hyde.

Jadi kita semua perlu memperbetulkan cara pemikiran kita dan cara pemikiran yang ‘stereotype’ sangat tidak membantu dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jadi wanita semua, anda mempunyai keupayaan bermatematik yang sama dengan lelaki.

Matematik itu tidak susah, cuma ia tidak mudah sahaja.

(Olahan Artikel Majalah I-Squared)

Published in: on Mei 12, 2010 at 11:39 am  Comments (5)