Misteri Kesesakan Lalulintas

Pernahkah kita terfikir mengapakah kesesakan lalu lintas sering berlaku tanpa sebab yang jelas?

Kini, satu pasukan penyelidik yang terdiri daripada mathematicians (ahli matematik) dari University of Exeter, Bristol dan Budapest telah menemukan penjelasan mengenai fenomena yang menekan perasaan ini.

Sebelum ini, mungkin ramai yang  menyangka bahawa punca kesesakan lalulintas atau lebih dikenali sebagai ‘jem’ ini disebabkan oleh bilangan kenderaan yang banyak di atas jalanraya. Walaupun ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kesesakan lalulintas, namun sepatutnya kenderaan masih boleh bergerak lancar walaupun dalam keadaan trafik yang sesak (heavy traffic).

Masalah ini telah dimodelkan secara matematik, dan menunjukkan bagaimana dengan hanya satu tindakan yang tidak diduga oleh seorang pemandu boleh menyebabkan satu ‘gelombang jem’ tersebar ke dalam perjalanan trafik, (bagaikan satu gelombang yang bergerak).

Sebagai contoh, jika sebuah lori mengubah lane dihadapan sebuah kereta, kemudian pemandu kereta itu bertindak memperlahankan kenderaan secara mengejut, ini akan menyebabkan satu sentakan kepada pemandu lain dibelakang kereta itu. Dr Orosz berkata, “Apabila kita menekan brake, trafik boleh berada pada keadaan terhenti beberapa km dibelakang kita. Jadi, ia sememangnya tentang bagaimana kita mem’brake’ – mem’brake’ dengan pelahan daripada pemandu yang sedar awal dengan masalah akan membantu kelancaran trafik.

Brake mengejut yang biasanya berpunca daripada kurangnya kepekaan dan tindakan yang tidak terduga oleh pemandu lain yang boleh menyebabkan trafik terganggu beberapa km kebelakang. Model matematik ini mengambil kira kadar tindakan-masa pemandu (human reaction-times) serta kepadatan trafik jalanraya dimana biasanya kesesakan lalulintas sering berlaku.

(olahan artikel Majalah I-Squared )

Published in: on Mei 15, 2010 at 11:05 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://syumulislam.wordpress.com/2010/05/15/misteri-kesesakan-lalulintas/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. Aku ada terfikir psl benda ni.my guess was right according to this finding.n0 wonder bile ada accident je jam teruk,walaupun halangan jln da di clearkan.bukan sbb accident tu ,tpi sbb ramai yg jdi tukang tengok.

  2. mantap kajian ni…maknanya lambat lagi la malaysia dapat menyelesaikan masalah traffic jam ni…

  3. menarik ni tp kbykn pemandu tegar dah biase & boleh agk punce2 mcm ni.

  4. jalan mrr2
    entah pape
    slalu jam!

  5. woww.. hebat dunia math ni.. sampai boleh kaji kesesakan jalan raya…

  6. salam haaa dah agak dah dan berharap semua pemandu boleh menukar baris pada ketika laluan baru tuh (line sebelah) tidak sesak = jangan teragak2 pastikan betol2 selamat terus tuka dan kekal kan kelajuan = tidak menjadi tungul dan halangan tegah jalan ok~

    :- macam mana nak atasi masalah keluar simpang dan masuk susur aku rasa elok letak kon panjang supaya org x bleh potong baris dan jadi tungul = menyebabkan jem pada org lain…

    :- kekalkan jarak dan kelajuan weh tah nie aku pikirkan gak tapi x der kajian ehm memastikan kereta x sentiasa pegun bergerak jer.. tapi keta depan sentiasa wat jemm.. x sabar2.. aper tah…

  7. salam, minx izin untuk share mana2 yg berkaitan ok.. lagi 1, kenapa blog nie dah xdi update? dah 2 tahun…

    • Silakan. Semua artikel ni ditulis semasa masih dipengajian universiti. Sekarang dah jadi cikgu, dah terlalu sibuk nak menulis. Tapi insyaAllah akan cuba untuk sambung semula penulisan di blog ini.
      Gunalah selagi bermanfaat dan benar. Kalau ada terdapat fakta yang salah minta ditegur dan diperbetulkan


Tinggalkan komen